0

Salah kah..?

Posted by Leez A on 10:51 PM
Aku sering bertanya kepada diri ku.. "mengapa aku..?" kenapa? apakah setiap gerak geri ku menimbulkan keraguan atau menimbulkan masalah pada orang lain? aku sering saja mendengar balik-balik perkara yang sama sampai telinga sudah lali.. aku memang dengar nasihat orang dana aku ambil setiap butir perkataan dan semat dalam hati. tapi kekadang orang salah menafsir.

Teman baikku yang sekarang sudah berada di Korea telah memberi pendapat bahawa jika seseorang itu kawan kamu yang sebenar, dia akan faham akan sikap kamu yang memang sedia ada dan menerima buruk baiknya kamu tanpa perlu mengubah kamu, kerana kamu adalah kamu dan bukan mereka. Sekiranya kamu mengubah sebagaimana yang orang lain mahukan, kamu sudah hilang siapa sebenarnya kamu dan akan sentiasa mencari-cari siapa kamu yang sebenarnya. "Face the fact! You are who you are and you cannot be who others want you to be.." Harga diri kamu amat bernilai dari apa yang orang sangkakan. Kalau kamu mengubah diri kamu seperti apa yang orang lain mahukan, kamu telah menggadaikan segelintir nilai yang sebenarnya menggambarkan kamu. "Every single people on earth is unique and nobody can be somebody else. Otherwise, if everybody is the same, it is like having robots." Sedangkan kembar lagi tidak sama.

Terima kasih temanku kerana telah memberikan satu pegangan yang amat berguna untuk ku. Harap tidak disalahertikan lagi..
Aku tahu aku tidak bersendirian lagi.. kerana ada kamu yang sering memberikan dorongan walaupun kamu jauh di sana.. dan ada ALLAH yang sangat Memahami siapa sebenarnya aku..

Hanya pada ALLAH aku panjatkan doa.. Aku tidak memilih siapa-siapa, kerana aku tahu aku tidak berhak, dan diri ini hanya mampu berserah padaNYA. Usah dipersoalkan, semuanya sudah ketentuanNYA.

0 Comments


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

http://www.mixpod.com/share.php?id=39663822

Copyright © 2009 Opportunities.... All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Blogger Templates.