0
culture...at work...
Posted by Leez A
on
7:49 AM
I came across this article which really tickled me.. well, it is something worth to read and remind ourselves about what we are actually doing, whether we have done the right thing or doing things the right way… Just something that I would like to share with everybody..
Budaya Kerja
Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria. Ada dating dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan ‘serba tak kena’. Sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja. Sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar dapat menghasilkan produktiviti yang luar biasa, yang akan menggembirakan orang sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan, Insya-Allah.
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya untuk memenuhi tanggungjawab ‘datang bekerja’ tetapi sebenarnya kosong, maka hasilnya seolah-olah kita ‘tak datang’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita ‘busy sangat’, rupa-rupanya kita hanya ‘kelam-kabut’.
3. Adakala kita rasa kita ‘prihatin’, tetapi rupa-rupanya kita ‘busy body’.
4. Adakala kita rasa kita ‘openminded’ (berfikiran terbuka) dan ‘outspoken’ (cakap lepas) tetapi rupa-rupanya kita ‘kurang ajar’.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran kritis tetapi rupa-rupanya kita hanya lebih kepada ‘kritik’ yang mencipta ‘krisis’.
6. Adakala kita rasa ingin menjadi ‘lebih mesra’ tetapi rupa-rupanya kita dilihat lebih ‘mengada-ada’.
7. Adakala kita suka bertanya ‘mengapa dia ini macam tak ada kerja’, tetapi adalah lebih baik kita bertanya ‘apa lagi kerja yang aku boleh buat’.
Pejam mata dan renung diri sendiri, kalau kita perlu melakukan anjakan paradigma, maka lakukanlah segera. Tetapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik. Adalah dengan merasakan itu, kita sememangnya terbaik?
{Petikan daripada kata-kata motivasi Datuk Dr, Fadzilah Kamsah}
Think about it…..